Cara Buat Plugin WordPress Sendiri

Cara-cara buat plugin wordpress sendiri dengan mudah (Step by Step Video Tutorial)

Jika anda membaca artikel ini, mesti anda sedang mencari cara-cara untuk membuat atau mencipta plugin wordpress sendiri kan? Di dalam artikel ini saya akan kongsikan cara untuk buat plugin sendiri dengan mudah secara step by step. Anda boleh ikut step di dalam video ini.

Apa Yang Anda Perlukan?

Pertama sekali anda perlulah mempunyai pc/laptop dan juga aplikasi notepad. YA dua perkara ini sahaja pun sudah cukup. Untuk permulaan anda boleh tuliskan code di bawah ke dalam notepad anda:

<?php
/*
Plugin Name: Change Font Type
Plugin URI: muhafofficial.com
Description: Changes Font Family
Version: 1.0
Author: Belajar Coding Malaysia
Author URI: muhafofficial.com
*/

Kemudian anda boleh cuba save as .php file. Jika anda upload file .php ini ke dalam directory wp-content/plugins, anda akan nampak plugin anda telah pun di install di dashboard wordpress. Tinggal anda activate kan sahaja. Namun jika anda activate kan plugin ini, ianya tidak akan melakukan apa-apa. Sebabnya kita belum memasukkan code function untuk plugin tersebut lagi.

Cara tulis code untuk tambah button

Jadi bagi menambah fungsi atau function plugin tersebut, kita ingin mencipta satu button terlebih dahulu. Maka kita tuliskan code seperti ini:

function add_button(){
	echo '<button onclick="myFunction()">Change Font</button>';
}

Bagi menambah button kita menggunakan basic code html tag <button>. Disebabkan kita mahukan sesuatu berlaku apabila button ini ditekan atau di klik, maka kita tambahkan onclick+”myFunction” pada tag <button> tersebut.

Cara tulis code untuk tambah javascript dan fungsi button

Namun, button anda masih belum berfungsi lagi buat masa sekaran. Anda perlulah menulis code ini pula:

function add_script(){
	echo '<script>
	function myFunction(){
		document.body.style.fontFamily = "Arial";
	}

	</script>';
}

Anda perlulah menambah javascript pada button tersebut supaya button boleh ditekan dan menghasilkan sesuatu. Untuk code di atas kita masukkan tag <script> terlebih dahulu. Kemudian kita letakkan fungsi dengan menulis code bagi myFunction. Di atas ini kita tuliskan document.body.style.fontFamily. Jadi, code tersebut akan mencari tag <body>, kemudian tag <style> dan memilih fontFamily untuk diubah.

Cara tambah tag html menggunakan language php

Jika anda perasan, untuk memasukkan tag <script> dan tag <button>, kita perlulah menggunakan language php iaitu dengan menulis ‘echo’ pada permulaan code. Untuk pengetahuan anda ‘echo’ di dalam php sama seperti ‘print’ di dalam language php dan language yang lain.

Cara menggunakan hook wordpress

Setelah itu, kita perlulah menggunakan code terakhir yang menggunakan hook wordpress. Di dalam code ini, kita gunakan add_action. Anda boleh tuliskan code seperti di bawah:

add_action('wp_footer', 'add_button');
add_action('wp_footer', 'add_script');

wp_footer digunakan apabila kita mahukan code yang ditulis tadi di tambah di bahagian sebelum closing </body> tag. Jadi apabila anda activate kan plugin anda, code-code yang anda tulis tadi akan dimasukkan ke dalam website anda.

Cara upload file plugin anda ke wordpress

Setelah anda siap menulis code seperti di dalam video, anda boleh save as .php. Kemudian upload ke file manager/ftp. Anda boleh reload wordpress dashboard dan anda akan nampak plugin anda sudah di install. Seterusnya anda activate plugin tersebut.

Kemudian anda boleh melihat pada website, satu button telah tercipta di bahagian bawah. Apabila iainya ditekan, tulisan di website akan bertukar kepada font Arial.

Senang je faham kan tutorial ini? Anda pernah cuba buat plugin sendiri?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *