Selamat Hari Lahir, Sayangku ❤️

Terima kasih kerana menjadi isteri dan mama terbaik untuk keluarga kecil kita.

Sayang, terima kasih yang tak terhingga kerana sentiasa berkorban masa, tenaga, dan emosi demi kebahagiaan keluarga kecil kita. Abang tahu kadang-kadang sayang selalu tahan keinginan dan suruh simpan duit supaya abang dapat settlekan semua komitmen, tapi hari ini abang sediakan hadiah digital penuh bermakna khas untuk mengukir senyuman di bibir sayang hehe. Selamat hari lahir, isteri syurgaku.

✨ Our Journey ✨

Kisah terindah yang kita bina bersama.

Hari Kita Disatukan

Mula melangkah bersama membina impian dan melayari bahtera rumah tangga penuh suka duka.

Hari Kita Disatukan

Lahirnya Amanah Kita

Kehadiran cahaya mata menyerikan lagi hidup kita. Terharu melihat pengorbanan melahirkan anak-anak comel kita.

Lahirnya Amanah Kita

Hari Ini & Selamanya

Janji abang untuk terus berada di sisi sayang dalam susah dan senang hingga ke akhir usia.

Hari Ini & Selamanya

Kupon Hadiah Istimewa

Klik tebus untuk hantar tiket tuntutan terus ke WhatsApp abang!

Urutan Kaki Minimum 30 Minit

Sesuai untuk hilangkan lenguh selepas perjalanan jauh Penang-JB esok!

Cuti Lipat Baju Seminggu

Abang akan settlekan semua kain baju minggu ni tanpa sayang perlu sentuh.

Bebas Tugas Memasak 1 Hari

Sayang pilih nak makan apa, abang belanja atau tapaukan.

Bebas Tugas Babysitter 1 Hari

Abang jaga anak-anak sepenuhnya, sayang boleh rehat atau tidur tanpa gangguan.